Ikhlas Education Classic

Ikhlas Education Classic

Pengenalan

Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?

Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda.

Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN

Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI

Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN

Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG

Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

SYARAT DAN HAD UMUR

Umur : 30 hari – 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)

Jumlah had perlindungan : Minimum RM10,000 Maksimum RM150,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *