IKHLAS Investment Takaful Plus

IKHLAS Investment Takaful Plus

Sijil Pelaburan berkaitan Takaful (ILT) ini menawarkan kombinasi perlindungan takaful dan pelaburan. Produk ini menyediakna pembayaran manfaat sekaligus jika berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh ke atas orang yang dilindungi semasa dalm tempoh sijil. Jumlah manfaat takaful sekaligus adalah bersamaan dengan jumlah tertinggi di antara Jumlah Perlindungan atau nilai dana terkumpul di dalam semua unit-unit dana, ketika berlaku tuntutan.

Peserta Takaful boleh memilih untuk melabur dalam tiga (3) jenis dana, iaitu Dana Growth, Dana Balanced dan Dana Fixed Income.

Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun. 

Perlindungan /manfaat yang ditawarkan :

Manfaat Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh

Apabila berlakunya kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) ke atas orang yang dilindungi, yang mana dahulu, dalam tempoh Sijil Takaful berkuatkuasa, jumlah tertinggi di Antara berikut :

i) 125% daripada Sumbangan Takaful Tunggal ; atau

ii) Nilai Aset Bersih di dalam semua Dana Unit.

Akan dibayar kepada Orang Yang Dilindungi (Jika mengalami TPD) atau, waris terdekat atau penama (unutk kes kematian)

Manfaat Matang

Jumlah terkumpul yang terdapat di dalam Dana Unit akan dibayar apabila Sijil Takaful telah matang.

Manfaat Serahan Sijil Takaful

Jumlah terkumpul yang terdapat di dalam Dana Unit (setelah ditolak yuran pentadbiran), akan dibayar apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.

Pengeluaran Tunai

Jumlah minimum untuk pengeluaran tunai adalah RM500. Pengeluaran sebahagian tunai adalah tertakluk kepada jumlah agregat baki minimum RM5,000 di dalam semua unit dana. Setiap transaksi pengeluaran adalah tertakluk kepada yuran pengeluaran. Jumlah maksimum yuran pengeluaran adalah RM50.

Pilihan Sumbangan Takaful Tambahan

Sumbangan Takaful tambahan adalah dibenarkan dari tarikh mula Sijil tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Jumlah Minimum: RM500

Jumlah Maksimum: 5 kali jumlah Sumbangan Takaful tunggal untuk setiap tahun

Sumbangan Takaful Tambahan akan digunakan untuk membeli unit – unit pelaburan tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *