Ikhlas Medical-Choice Plus

Ikhlas Medical-Choice Plus

OBJEKTIF PELAN

Pelan ini menawarkan perlindungan Takaful denagn cara pembiayaan kos rawatan hospital dan kos pembedahan di hospital bagi setiap peserta.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

· Umur kemasukan : minima (30 hari – UHAD) dan maksima (60 tahun – UHAD)

· Tempoh perlindungan : sehingga berumur 70 tahun – UHAD

· Mod Caruman/Bayaran : bayaran sumbangan adalah secara tahunan sahaja.

· Pembaharuan : pembaharuan/renewal adalah dijamin sepenuhnya

IKHLAS Medical-Choice Plus menawarkan lima (5) pelan perlindungan penghospitalan komprehensif dengan kos yang berpatutan.

KELEBIHAN IKHLAS MEDICAL-CHOICE PLUS

1. Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)

Bagi panel hospital yang diluluskan – untuk kemudahan tuntutan.

2. Perlindungan Komprehensif

Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum dilokasi dimana anda menerima rawatan.

3. Pembaharuan Sehinggan Umur 70 Tahun

Sijil diperbaharui diatas keputusan peserta. Pihak Takaful tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah kepada pengecualian didalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarikan Balik Portfolio.

4. Pengiraan Sumbangan Secara Berkelompok.

Sumbangan Takaful adalah tidak dijamin. Akan tetapi, kenaikan kadar sumbangan adalah secara berkelompok dan perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermaksud, mereka yang telah membuat tuntutan keatas sijil tidak akan dikenakan sumbangan yang lebih daripada mereka yang lain.

5. Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya

Selain daripada had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan keatas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya

6. Kadar Sumbangan Uniseks

Sumbangn takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan diantara sumbangan untuk lelaki dan wanita.

7. Sumbangan Yang Dikenakan

Sumbangan adalah berdasarkan umur pada harijadi yang akan dating dan dicarum setiap tahun pada kadar yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan adalah untuk orang yang sihat sahaja dan sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan.

8. Permohonan Yang Mudah 

Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur diantara 19 hingga 60 tahun layak memohon. Sijil ini boleh dilanjutkan kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika pelajar sepenuh masa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *