Anugerah Suku Tahunan Wilayah Selatan
Bertempat di D’Village Resort Melaka, Anugerah Suku Tahunan Wilayah Selatantelah dianjurkan oleh TISB bagi mengiktiraf kejayaan para wakil yang meraih prestasi memberangsangkan bagi tempoh Julai-September 2013.
Dalam majlis tersebut, 2 orang wakil ICS telah memenangi anugerah dalam kategori:
1) Penghasilan ILT Individu-Premier
Puan Nazariah Binti Mohamed Noor
2) Penghasilan Ejen Baru Tertinggi
Cik Nur Amirah Binti Mohd Nazri

Reaksi Puan Nazariah ketika menerima anugerah daripada Tn Hj Sheikh Abdul Rahman

Selain itu, GAM ICS, Tn Hj Samian telah merangkul 5 anugerah iaitu:
1) Penghasilan Unit Langsung Tertinggi NBFYC
2) Penghasilan Pengurus Ajensi Kumpulan Tertinggi NBFYC
3) Perekrut Tertinggi
4) Penghasilan Unit Langsung Tertinggi Bilangan Sijil
5) Penghasilan Agensi Tertinggi Bilangan Sijil
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini dijadikan sebagai pemangkin untuk kejayaan yang akan datang.