Rahsia Menjadi Perunding Berjaya

Rahsia Menjadi Perunding Berjaya

ONE DAY ONE CASE !!!

Apabila saya membuat sesi motivasi bagaimana menjadi seorang leader yang baik . Ia haruslah bermula sebagai seorang Perunding yang baik dan mempunyai prestasi yg baik. Pada masa yang sama MESTI menjadi ‘follower’ yang sejati..

Sy juga bermula sebagai seorang perunding biasa cuma bezanya ialah saya mengamalkan prinsip ‘one day one case’..

Ramai perunding baru yg hadir ke sesi motivasi saya tidak percaya dan hanya senyum-senyum sahaja.. Mungkin dalam hati berkata ‘ye la mamat nie, macam poyo je’.. Melihat keadaan ini , untuk saya pun keluarkan rekod2 lama dan diary lama .. Berikut adalah rekod prestasi saya ketika itu :-
Bulan pertama = 32 kes
Bulan ke 2 = 14 kes
Bulan ke 3 = 26 kes
Bulan ke 4 = 28 kes
Bulan ke 5 dan seterusnya semua melebihi 20 kes sebulan.. Semua kes ini adalah menerusi aktiviti personal presentation bukan secara taklimat ..

Kita semua mampu buat apa yang orang lain buat.. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada diri sendiri apakah matlamat sebenar kita menjadi seorang Peruding TAKAFUL ..

Betulkan niat kita, insyaallah segala matlamat akan dicapai .. Sebagai motivasi utk kita terus maju sila hayati firman Allah SWT surah Muhammad ayat 7 antaranya bermaksud

‘Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’

Saya akn berkongsi dengan anda bagaimana utk mendapatkan sehari satu kes di coretan akan datang..

#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociates

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *