Teknik One Day One Case #1

Teknik One Day One Case #1

Sebelum anda menggunakan prinsip ‘one day one case’ yang saya gunakan di awal kerjaya sebagai Perunding Takaful , anda perlu memahami Perniagan ini dan menjiwainya..

Selalunya apabila kita baru memulakan sesuatu kerjaya apakah faktor utama yang mendorong anda? Pendapatan kan? Jika ya , saya pun seperti anda.. Mari kita lihat macamana kita boleh dapatkan ‘Income’ dari kerjaya ini.. Sila lihat gambar illustrasi income yang saya sertakan. Anda kena buat sendiri unjuran Income yang anda kehendaki dan anda terus membuat perancangan bagaimana untuk mencapai Income ini.. Jika anda menghasilkan ‘one day one case’ atau minima 20 kes sebulan dan saiz kes anda adalah sebulan rm160 maka anda akan mendapat kenaikan Income secara bulanan sebanyak RM800 sebulan , jadi berapa Income anda untuk setahun ?

Berapa ramai orang yang harus anda jumpa ?
Jika kadar penutupan kes anda adalah 25% atau anda hanya perlu jumpa atau membuat ‘presentation’ sebanyak 4 orang bagi menghasilkan 1 jualan.. Adakah satu kerja yang sukar jika anda perlu jumpa 4 orang sehari?

Jadi cuba usahakan bagaimana untuk jumpa 4 orang sehari dan anda akn memperolehi pendapatan purata bulanan sebanyak RM5,000.

Berapa upah yang anda terima setiap kali anda berjumpa seorang pelanggan ? Upah anda adalah RM5,000/80 = RM62.00.. 
Mindset yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah samada ‘prospek’ yang anda jumpa menyertai plan yang ditawarkan atau tidak , anda akan menerima upah sebanyak RM62.00 .. Lumayan ??!!

Selamat mencuba..

Jumpa lagi di sesi seterusnya !!

#UsrahAssociates
#GrowingTogetherWithUs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *