Browsed by
Category: Akhbar

TAKAFUL IKHLAS MEMENANGI ANUGERAH – sumber BERNAMA

TAKAFUL IKHLAS MEMENANGI ANUGERAH – sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) meraikan 10 tahun kehadirannya dalam industri takaful dengan menerima anugerah Penyedia Takaful Terbaik buat kali ketiga pada Anugerah Kewangan Islam Euromoney 2013.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, anugerah itu akan mendorong syarikat untuk meneruskan komitmennya untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan.

“Komitmen dan pematuhan Takaful IKHLAS kepada nilai-nilai Islam, bersama-sama dengan penggunaan teknologi canggih dalam perniagaan, telah memberikan syarikat reputasi cemerlang atas pendekatan beretika dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik,” kata Ab Latiff.

Beliau berkata, Takaful IKHLAS menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan Islam yang menjadi pilihan utama pelanggan dan syarikat itu akan berusaha keras mencapai sasaran ini.

Anugerah Kewangan Islam Euromoney dianggap sebagai anugerah penanda aras bagi industri kewangan Islam global dan setiap tahun mengiktiraf prestasi, perkhidmatan, kualiti dan inovasi cemerlang dalam sektor itu.

  • BERNAMA
KURSUS UNTUK TENAGA AGENSI BARU ANJURAN USRAH ASSOCIATES

KURSUS UNTUK TENAGA AGENSI BARU ANJURAN USRAH ASSOCIATES

Usrah Associates telah berjaya mengadakan Program Fast Start untuk tenaga agensi baru kumpulan pertama pada 4-6hb Feb 2013 yang lepas. Seramai 25 orang CYNR dari seluruh negara telah hadir.

Tenaga Pengajar program ini telah diketuai oleh `sifu’ Tuan Haji Amran Abdul Rahman bekas MDRT. InsyaALLAH kumpulan ke 2 akan diadakan pada pertengahan mac 2013 yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pula. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi pihak kami.