Browsed by
Category: Produk Takaful

Ikhlas Kembara Takaful

Ikhlas Kembara Takaful

Merupakan satu bentuk perlindungan kemalnagan peribadi yang disediakan untuk melindungi peserta dari risiko yang mungkin berlaku sewaktu mengembara.

PENGENALAN

Merupakan salah satu produk yang dikhususkan untuk individu yang selalu megembara jauh. Tujuan utama Ikhlas Kembara Takaful diperkenalkan adalah untuk memberi perlindungan kewangan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini. Pakej ini memberi perlindungan 24 ajm di serata dunia serta membayar ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga. Dengan menggunakan Ikhlas Kembara Takaful, seseorang individu mengembara ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan risiko yang mungkin terjadi.

JADUAL MANFAAT

JADUAL SUMBANGAN

Ikhlas Medical-Choice Plus

Ikhlas Medical-Choice Plus

OBJEKTIF PELAN

Pelan ini menawarkan perlindungan Takaful denagn cara pembiayaan kos rawatan hospital dan kos pembedahan di hospital bagi setiap peserta.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

· Umur kemasukan : minima (30 hari – UHAD) dan maksima (60 tahun – UHAD)

· Tempoh perlindungan : sehingga berumur 70 tahun – UHAD

· Mod Caruman/Bayaran : bayaran sumbangan adalah secara tahunan sahaja.

· Pembaharuan : pembaharuan/renewal adalah dijamin sepenuhnya

IKHLAS Medical-Choice Plus menawarkan lima (5) pelan perlindungan penghospitalan komprehensif dengan kos yang berpatutan.

KELEBIHAN IKHLAS MEDICAL-CHOICE PLUS

1. Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)

Bagi panel hospital yang diluluskan – untuk kemudahan tuntutan.

2. Perlindungan Komprehensif

Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum dilokasi dimana anda menerima rawatan.

3. Pembaharuan Sehinggan Umur 70 Tahun

Sijil diperbaharui diatas keputusan peserta. Pihak Takaful tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah kepada pengecualian didalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarikan Balik Portfolio.

4. Pengiraan Sumbangan Secara Berkelompok.

Sumbangan Takaful adalah tidak dijamin. Akan tetapi, kenaikan kadar sumbangan adalah secara berkelompok dan perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermaksud, mereka yang telah membuat tuntutan keatas sijil tidak akan dikenakan sumbangan yang lebih daripada mereka yang lain.

5. Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya

Selain daripada had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan keatas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya

6. Kadar Sumbangan Uniseks

Sumbangn takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan diantara sumbangan untuk lelaki dan wanita.

7. Sumbangan Yang Dikenakan

Sumbangan adalah berdasarkan umur pada harijadi yang akan dating dan dicarum setiap tahun pada kadar yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan adalah untuk orang yang sihat sahaja dan sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan.

8. Permohonan Yang Mudah 

Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur diantara 19 hingga 60 tahun layak memohon. Sijil ini boleh dilanjutkan kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika pelajar sepenuh masa)

IKHLAS EDUCATIONAL TAKAFUL PLUS

IKHLAS EDUCATIONAL TAKAFUL PLUS

Ikhlas Educational Takaful Plus

Direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panajang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.

Merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur 30 hari hinga 12 tahun.

Faedah Ikhlas Education

· Tempoh Matang Fleksible

Anda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di Antara 18 hingga 23 tahun

· Pengeluaran Sebahagian Wang Tunai

Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga akli sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari yahun ke-enam

· Manfaat bagi Tempoh Matang

Apabila sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima seklaigus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

· Kematian

Sekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan emperolehi manfaat sehingga RM30,000. Termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan ersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

· Pengecualian Sumbangan

Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang

· Jumlah Sumbangan

Jumlah sumbangan fleksibel

Ikhlas Wanita Takaful

Ikhlas Wanita Takaful

Pengenalan

Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapatmenanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?

Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lainMemandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser

Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)

Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.

*Semua faedah lain akan terhenti

Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?

Pengeluaran Tunai

Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima(5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

Penambahan Kadar Sumbangan

Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

Faedah Hayat

Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan*

Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.

  • dengan pelan A dan B sahaja.

Had Umur dan Penyertaan

Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.

Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat

Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.

Ikhlas Savings Takaful

Ikhlas Savings Takaful

Pengenalan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh

• Akaun Pelaburan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH

Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG

Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

JUMLAH SUMBANGAN

Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI

Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN

Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN

Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK

Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan lanjut)