Browsed by
Category: Tip & Panduan

DAY 3: TAKLIMAT WAQAF AN-NUR CORPORATION & SHARING BERSAMA PERUNDING TAKAFUL USRAH ASSOCIATES, EN. AMINURRASHID DARI UA SEREMBAN

DAY 3: TAKLIMAT WAQAF AN-NUR CORPORATION & SHARING BERSAMA PERUNDING TAKAFUL USRAH ASSOCIATES, EN. AMINURRASHID DARI UA SEREMBAN

23 OGOS 2019 (JUMAAT)
DEWAN SEMINAR UA MELAKA, MELAKA
3.00 PM – 6.00 PM

Alhamdulillah hari ketiga berjalan lancar seperti yang di rancang. semoga taklimat ini membantu perunding takaful dalam memberi pencerahan terhadap waqaf yang diuruskan oleh Wancorp.

tidak lupa juga kepada En. Aminurrashid kerana sudi berkongsi pengalaman dan strategi untuk berjaya dalam bidang takaful ini.. semoga menjadi pembakar semangat kepada semua perunding takaful di melaka dalam terus menuju kejayaan dan menyampaikan dakwah kepada mereka yang berada di luar sana.

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

#usrahassociatesplt
#empoweringyourpotential
#growingwithus
#taklimatbersamawaqafannur
#motivatesharingday3

PERKONGSIAN BERSAMA PERUNDING TAKAFUL YANG BERJAYA

PERKONGSIAN BERSAMA PERUNDING TAKAFUL YANG BERJAYA

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima kasih diucapkan khasnya kepada En Mohd Din Merican, CEO Takaful Ikhlas, dan Tn Hj Mohd Jafni Abd Jalil, En Shaharuddin Bin Ahmad, En Abdullah Bin Abdul Mutalib, En Aizam Bin Ahmad, En Mohd Zuber Bin Ahmad, En Ahmad Faizal Abu Bakar, dan barisan Director Usrah Associates Plt Tn Hj Samian Senin, En Abdul Wahab Bin Mat Ariff, Pn Nurwallis Binti Abd Hamid, Hj Samsudin Bin Man dan Pn Zaifa Binti Ahmad.

Serta semua perserta yang sudi hadir untuk menjayakan majlis kami yang bertempat di Usrah Associates Melaka pada 17 Julai 2019

Semoga perkongsian bersama Perunding Takaful yang berpengalaman dapat memberi inspirasi dan semangat baru untuk terus berjaya dalam bidang takaful ini.

merah menyala si buah ceri,
sungguh cantik berseri-seri,
terima kasih ucapan diberi,
kerana sudi datang ke mari,

#usrahassociatesplt
#empoweringyourpotential
#growingwithus
#usrahdimana-mana

Perkongsian Hari Ini

Perkongsian Hari Ini

Tahun 2018 semakin hampir ke penghujung.

Sebagai seorang Ushawan , apa tindakan yang perlu anda lakukan?

1. Menghabiskan Cuti tahunan anda ?
2. Menyemak semula prestasi sepanjang 11 bulan yang lalu
3. Membuat perancangan untuk tahun akan datang 
4. Memastikan segala impian telah dicapai

Untuk Para Perunding Takaful khasnya Usrah Associates dan amnya Perunding Takaful Ikhlas , kita hanya ada masa 3 bulan 10 hari untuk memastikan layak ke Konvensyen Moscow atau Umrah. Pilih dan ‘Pre-qualify’ semua prospek yang ada, fahamkan pasangan / ahli keluarga tentang impian untuk ke konvensyen , urus masa dengan tepat & betul, selalu jumpa leader anda dan jangan lupa bertawakkal pada Allah swt..

Semoga kita semua terus istiqamah dan sukses dalam kerjaya serta berjaya dunia & akhirat.

“Working For Success Will 
Make You A Master
But Working For Satisfaction Will 
Make You A Legend”

`Right mindset, focus, commitment & Tawakkal ‘
Kejayaan adalah suatu perjalanan yang panjang.

#PerundingTakafulProfesionalDanIntergriti
#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociates

ROAD TO KONVENSYEN UMRAH / MOSCOW

ROAD TO KONVENSYEN UMRAH / MOSCOW

Konvensyen luar negara adalah salah satu insentif yang diberikan oleh syarikat bagi membantu mencapai sasaran perniagan dan pada masa yang sama membantu kita dalam membina kerjaya @ empayer perniagan.

Namun bagaimana kita hendak mencapainya. Seperti mana yang pernah kami kongsi sebelum ini , untuk sukses kita mesti ada KASH.. Perkara asas yang kita perlu tahu ialah apa itu Takaful dan peranan takaful. Antara peranan utama takaful ialah :-

1. Mencipta Aset Serta Merta
2. Memberikan sumber kewangan di saat memerlukan
3. Mengurangkan Kesan Risiko Kehidupan
4. Mengimbangi Aset = Liabiliti
5. Mengurangkan cukai Pendapatan
6. Hibah & Waqaf

Anda MESTI memahami semua peranan takaful ini dan bagaimana ia boleh diaplikasikan @ menerangkan dengan bahasa mudah kepada bakal peserta.

INGAT!!.. tugas kita adalah mengenalpasti matlamat kewangan pelanggan dan bantu bagaimana untuk capai matlamat tersebut , BUKAN menjual produk.

Teruskan usaha anda dengan ISTIQAMAH .. Lambat or lambat laun anda insyallah akan BERJAYA..

Kami sentiasa mengadakan kelas bimbingan secara PERCUMA kepada yang ingin berjaya dalam kerjaya setiap hari sabtu jam 9.30pagi – 12.30 t.hari.

Jom Sertai Kami….

#PerundingTakafulProfesionalDanIntergriti
#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociates

PERSEDIAAN SEBELUM JUMPA PROSPEK

PERSEDIAAN SEBELUM JUMPA PROSPEK

Sebenarnya persediaan paling utama yang anda perlu ada sebelum jumpa prospek client / Prospek rakan niaga ialah persediaan mental. Untuk hari ini, sy akan berkongsi tentang prospek rakan niaga. Tugasan ini adalah paling sukar berbanding prospek client.

Ini kerana berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam kerjaya ini ialah belum pernah jumpa kenalan yang terus bersetuju menjadi rakan niaga. Pelbagai alasan akan dikemukakan. Kekuatan mental amat penting . Bagi menguatkan mental , anda MESTI telah membuktikan pada diri sendiri bahawa perniagan ini adalah TIDAK sukar berbanding dengan perniagan lain. Anda juga pernah layak menerima anugerah / Insentif dari syarikat yang anda wakili.

Anda kena tanamkan dalam hati dan diri bahawa ini adalah perniagaan `REJECTION’.. Anda kena kenalpasti profile rakan niaga yang anda inginkan. Antaranya ialah :-
1. Umur & Jantina
2. Kelayakkan akademik
3. Status Perkahwinan
4. Sikap
5. Kerjaya sepenuh masa / separuh masa ( Part time)

Penceritaan anda tentang kerjaya ini bergantung kepada personaliti dan matlamat prospek anda. Kami sarankan anda berjumpa mereka yang lahir pada bulan 7, 8, @ 9 atau tarikh yang ada angka besar seperti 7, 8 , 18, 25, 27 dan sebagainya.

Apa ALASAN yang anda akan terima bila berjumpa prospek rakan niaga ?

Untuk lebih lanjut sila rujuk kepada `leader2′ anda atau hadir kelas-kelas bimbingan kami..

Selamat memulakan tugas sebagai seorang Perunding Takaful yang berintergriti .

Semoga anda semua terus FOCUS dengan kerjaya dan semoga SUKSES DUNIA AKHIRAT..

KEJAYAAN SEDANG MENUNGGU ANDA…

Jom Sertai Kami….

#PerundingTakafulProfesionalDanIntergriti
#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociates